Monday, January 11, 2010

2009 vs 2010

2009- terlalu banyak suka dan duka telah berlaku dan berlalu. dan semuanya akan menjadi sejarah dan kenangan yang tak mungkin berulang lagi. kalaupun berulang, mungkin sama tapi tak serupa. mahu atau tidak, semuanya harus ku ucapkan 'selamat tinggal'.. terlalu banyak yang nak di katakan. hingga kadang-kadang aku tak mampu untuk luahkan dengan kata-kata. tapi yang pasti, tahun lalu banyak melihat jatuh bangunnya aku. ya.. aku jatuh.. aku bangun.. aku jatuh lagi.. dan begitulah seterusnya. kadang-kadang terasa untuk tak mahu bangun lagi. tapi nasib la. masih ada yang sudi menghulurkan tangan dan menarik aku bangun kembali. terima kasih pada semua yang tak pernah jemu berada di sisi aku memberi sokongan. antara ketawa dan menangis, rasanya aku lebih banyak menangis. dan walaupun kekadang aku kerap juga ketawa. ya..aku ketawa.. walaupun aku ketawa itu bukan bemakna aku suka. tapi sekurang-kurangnya aku membuat orang yang berada di sekeliling aku gembira. tapi yang pasti, ada beberapa peristiwa yang membuat aku selalu bertanya. "kenapa aku? adakah ini jalan takdirku?" seharusnya, aku tak harus bertanya sebab siapa aku kan?

2010- sudah 11 hari aku melalu 2010. dan aku masih tercari-cari apakah maknanya di sebalik yang berlaku. aku reda. walaupun aku takut. aku perlukan semangat. walaupun semangat aku dah semakin hilang. entah lah. walaupun aku masih tak tahu dimana tahap 'keseriusan itu', tapi ia tetap mengganggu. 12 jan. hari esok. buat pertama kali aku rasa, kalau aku di beri peluang, aku nak berhentikan putaran waktu. aku tahu aku perlu kuat. aku tahu ramai yang sayang aku. aku sayang semua yang berada dalam hidup aku. terlalu sayang. sehingga kadang-kadang aku terlupa siapa aku.
ayis:
surat kau..
buat aku sedih.. hehe
thanx eh coz sentiasa menyokong aku.
sayang sangat kat kau.
sebab terlalu banyak yang kita rancangkan.
tapi aku sendiri tak tahu aku mampu tunaikan ke tak.
yaya:
surat kau..
buat aku ketawa.. ehehe.
tau kenapa?
bapak besar tulisan.
tak pakai spek pun aku nampak. haha.
sayang kau jgak!


note: weh. walaupun pic ni tak cantek!
tapi ni la satu2nye pic tahun 2010. =)
takpe. nanti kita tangkap pic banyak2 lagi..

korang..pray for me.



*Mengapa Kini Tak Seperti dulu
Hatiku kini kosong
Mungkinkah….
Kosong membawa gembira..
Atau kosong membawa kesedihan
Atau kosong membawa semangat…
Siapa dapat memenuhi hatiku…
Siapa dapat menjelaskan kekosongan hatiku…
Kini,diriku lebih berfikir seorang…
Aku mahu semangat ..
Yang telah hilang..
Dari diriku..
Dari jasadku....*


No comments:

Post a Comment